Magic Sense Run 2.0

Magic Sense Run 2.0
Event Info:
Registration Closed

ABOUT

PENGENALAN

Kesedaran masyarakat Malaysia hari ini terhadap golongan Orang Kurang Upaya (OKU) sudah meningkat. Ini berikutan kejayaan demi kejayaan yang dilakar oleh atlet Paralimpik dan juga beberapa OKU dalam bidang masing-masing seperti keusahawanan, pendidikan dan sebagainya.

Namun demikian, kesedaran masyarakat untuk menyertai program-program anjuran golongan OKU masih berkurangan. Masyarakat masih lagi merasa ragu-ragu atau kurang yakin akan kemampuan golongan OKU mengendalikan program.

Magic Sense Run 2.0 merupakan sebuah projek larian amal anjuran Persatuan Sukan Orang Pekak Johor (JSDeaf) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru dan AS Legacy Partner Malaysia serta AS Legacy YBC. Program ini dilaksanakan oleh golongan OKU Pekak dengan kerjasama syarikat korporat bagi memberi pendedahan dan meningkatkan lagi kesedaran masyarakat terhadap kemampuan golongan OKU mengendalikan program.

Magic Sense Run 2.0 telah dilaksanakan sebelum ini dengan memperolehi penyertaan melebihi 1000 orang termasuk daripada masyarakat normal. Program ini dilihat mempunyai potensi sebagai medium untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap golongan OKU Pekak khasnya. Kerjasama erat sangat diperlukan dengan semua pihak bagi menjayakan program.

TUJUAN

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang golongan OKU serta mewujudkan integrasi antara komuniti OKU Pekak khasnya dengan masyarakat normal melalui kesukanan dan riadah

Pada masa yang sama, penganjuran Magic Sense Run 2.0 ini sedikit sebanyak bertujuan untuk mengumpul dana bagi aktiviti pendidikan komuniti OKU Pekak dan persiapan Kontinjen Pekak Johor bagi menghadapi Sukan Orang Pekak Malaysia ke 21 (SOPMA) pada tahun 2020 di Johor Bahru yang akan disertai sebanyak14 buah negeri.

OBJEKTIF PROGRAM

Memberi pendedahkan kesedaran kepada masyarakat terutamanya di Negeri Johor tentang golongan OKU Pekak
Mengumpul dana Pendidikan untuk golongan OKU Pekak dalam menggalakkan pembelajaran Bahasa Isyarat Malaysia (BIM)
Mengumpul dana penganjuran Sukan Orang Pekak Malaysia ke 21 (SOPMA) di Johor Bahru pada tahun 2020


RACE PACK COLLECTION

Date: 1st & 2nd August 2019 (Thursday & Friday)

Name : PERSATUAN SUKAN ORANG PEKAK JOHOR

Venue : 2-C JALAN YAHYA AWAL 80100 JOHOR BAHRU

Contact No. : 0127251510 (YAZID) 0128753725(NASRULLAH)


REGISTRATION ENDS AT

28 July, 2019 11:59 PM (GMT +08:00)



RM42 - RM52

Magic Sense Run 2.0



PRIZES!

Magic Sense Run 2.0



FLAG-OFF TIME

8:30 AM





ENTITLEMENTS

T-Shirt
Medal
Certificate
Light Refreshment





ROUTE DETAILS

Magic Sense Run 2.0




MEDAL DESIGN

Magic Sense Run 2.0




T-SHIRT SIZE

Magic Sense Run 2.0