Larian Bersama Bomba Kali Ke-XVIII 2020

Larian Bersama Bomba Kali Ke-XVIII 2020
Event Info:
Registration Closed

ABOUT

EVENT CANCELLED
Peminat dan peserta LBB XVIII 2020

Dukacita dimaklumkan bahawa setelah diberi kata putus oleh pihak atasan JBPM, penaja-penaja dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, Larian Bersama Bomba kali ke 18 tahun 2020 akan ditunda pada tahun 2021 disebabkan penularan wabak pandemik covid 19 yang masih berterusan. Bagi kutipan hak peserta serta aktiviti sampingan LBB 2020 juga akan dibatalkan.

Kepada semua peserta yang mendaftar secara atas talian atau pun secara borang manual, pendaftaran akan dibawa ke tahun 2021 dimana tarikh baru belum ditentukan lagi dan akan diumumkan setelah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan. Tiada "pulangan yuran" dan kesemua hak peserta akan dibawa ke LBB XVIII 2021

Keputusan ini amatlah berat dan sukar bagi kami kerana LBB merupakan salah satu acara tahunan kegemaran semua penggemar sukan larian tetapi atas dasar kesihatan dan keselamatan kesemua peserta, petugas serta peminat menjadi kepentingan utama kami. Oleh itu, kami memohon kerjasama dan pemahaman anda semia mengenai perkara ini demi kepentingan kita bersama.

Untuk maklumat selanjutnya mengenai perkara ini, sila hubungi PKPgB Izman Adnan di talian 012-5995502 ( whatapps ) atau email di [email protected]

Akhir kata, kami di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebagai petugas barisan hadapan dalam bencana ini, akan menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik demi kepentingan anda semua yang berada dalam keadaan yang genting ini. Kami menyeru agar anda semua sama-sama berdoa dan memberi kerjasama kepada semua petugas barisan hadapan dalam usaha merungkai rantaian covid 19 agar negara kita dapat pulih seperti sediakala. Jumpa anda semua di LBB XVIII tahun 2021

Terima Kasih,
Jabatan Bomba dan Penyelamat.

#ustayathomeweworkforu
#staysafe
#kitajagakita


RACE PACK COLLECTION

EVENT CANCELLED

Berikutan pandemik Covid-19 yang masih berterusan sehingga kini, Kami ingin memaklumkan kepada semua peserta berdaftar Larian Bersama Bomba ke 18 pada tahun 2020 bahawa pihak pengurusan tertinggi JBPM Negeri Selangor telah memutuskan acara Larian ini yang sepatutnya ditunda pada tahun 2021 akan dibatalkan. Sehubungan dengan itu pihak penganjur akan menghantar kit larian yang sepatutnya diterima peserta melalui POS SAHAJA.

Kepada semua peserta yang telah berdaftar kehendaki mengemaskini maklumat peribadi di portal CHECKPOINT SPOT melalui link https://checkpointspot.asia/registration/update/larian—bersarna—bomba-2020 

Bagi peserta yang mendaftar melalui portal JOMRUN ataupun RUNNINGEVENT, anda juga dikehendaki mengemaskini maklumat terkini anda di link yang dinyatakan diatas. Tempoh pengemaskinian alamat adalah selama satu bulan bermula dari 1 Mac 2021. Kami ingin memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku. 

Untuk informasi terkini anda digalakkan untuk mengikuti laman sosial kami di 
https://www.facebook.com/LBB2019selangor . 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh hubungi pihak Penganjur di 
talian 012-5995502 —waktu pejabat (PKPgB lzman Bin Adnan).

#staysafe #kitajagakita,kitajaganegara #prihatinrakyat:daruratmemerangicovid19


REGISTRATION ENDS AT

15 April, 2020 11:59 PM (GMT +08:00)



FROM ONLY RM36.16!

Larian Bersama Bomba Kali Ke-XVIII 2020
Larian Bersama Bomba Kali Ke-XVIII 2020



WINNER PRIZES

Larian Bersama Bomba Kali Ke-XVIII 2020



ENTITLEMENT

Larian Bersama Bomba Kali Ke-XVIII 2020
Larian Bersama Bomba Kali Ke-XVIII 2020




MEDAL DESIGN

Larian Bersama Bomba Kali Ke-XVIII 2020
Larian Bersama Bomba Kali Ke-XVIII 2020




TSHIRT DESIGN & SIZE CHART

Larian Bersama Bomba Kali Ke-XVIII 2020
Larian Bersama Bomba Kali Ke-XVIII 2020




ROUTE MAP

Larian Bersama Bomba Kali Ke-XVIII 2020
Larian Bersama Bomba Kali Ke-XVIII 2020




TENTATIVE

Larian Bersama Bomba Kali Ke-XVIII 2020




Syarat-syarat penyertaan:

1.	Terbuka kepada semua warganegara Malaysia bermula umur 13 tahun keatas, expatriate (warga asing yg mempunyai permit bekerja di Malaysia) bagi kategori 10KM serta semua pegawai bomba Malaysia dan bomba negara Asia (bagi kategori firefighter sahaja).
2.	Bgai kategori Fun Run, terbuka kepada semua kumpulan umur ( bawah 13 tahun mesti ditemani oleh ibu bapa )
3.	Peserta perlu melengkapkan borang penyertaan yang rasmi dengan benar, tepat dan terkini untuk mengambil bahagian dalam larian ini.
4.	Maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap akan menyebabkan peserta hilang kelayakan dan sekatan daripada melibatkan diri dalam larian ini tanpa pemulangan bayaran daripada pihak penganjur.
5.	Borang penyertaan rasmi yang lengkap, termasuk pendaftaran dalam talian adalah bukti yang mengesahkan peserta bersetuju untuk mematuhi syarat – syarat larian ini. Pendaftaran untuk penyertaan dalam larian ini hanya akan sah setelah borang penyertaan lengkap, bayaran yuran penyertaan yang telah dibayar beserta resit yang dikeluarkan oleh pihak penganjur.
6.	Peserta hendaklah bersetuju menerima sebarang maklumat daripada pihak penganjur dari semasa ke semasa melalui e-mel atau FB page (https://www.facebook.com/LBB2019selangor )Sebarang notis daripada pihak penganjur atau pihak lain dibawah pihak penganjur seperti alamat yang diberikan dalam borang pendaftaran, akan dihantar melalui e-mel atau laman FB page dan dianggap diterima oleh peserta.
7.	Penamat larian : Larian ini tamat secara rasmi selepas 2 jam pertandingan bermula.
8.	Hadiah Prizes (refer Prize’s tab)
9.	Setiap peserta akan diberi Running Kit daripada pihak penganjur. (refer Entitlement’s tab)
10.	Nombor Larian (Runner’s Number)
•	Semua peserta akan diberikan 1 nombor larian dan perlu dilekatkan di dada peserta.
•	Semasa larian, semua peserta dikehendaki memakai nombor yang telah diberikan.
•	Hanya peserta yang memakai nombor larian yang diberikan akan ditetapkan jumlah masa dan termasuk dalam keputusan akhir.
•	Peserta yang tidak memakai nombor larian yang telah diberikan, akan terbatal penyertaannya.
•	Pertukaran nombor larian adalah tidak dibenarkan dan sebarang penggantian peserta perlu mendapat persetujuan daripada pihak penganjur dan mereka tidak layak untuk menerima sebarang hadiah mahupun kelayakan yang lain serta harus menganggap sebarang risiko itu daripada perbelanjaan mereka sendiri.
9.	Pingat (top 100 Medal)
•	peserta terawal bagi semua kategori 10KM yang berjaya menamatkan larian akan dihadiahkan pingat top 100 ( jumlah berbeza mengikut jumlah penyertaan bagi setiap kategori )
10.	Pingat (medal penamat)
•	Semua peserta yang menyertai larian ini akan diberikan medal penamat sekiranya sampai di garisan penamat pada masa yang ditetapkan
•	Semua pingat hendaklah dituntut semasa hari larian berlangsung.
•	Sebarang tuntutan pingat yang tidak dituntut semasa hari kejadian tidak akan dilayan.
11.	Food pack : Akan disediakan.
12.	Sijil penyertaan (E- Certificate)
•	Sijil penyertaan larian boleh didapati di laman yang ditetapkan 3 hari selepas selesai larian. Maklumat akan dinyatakan dalam FB page utama larian
13.	Kaunter minuman (Refreshment stop)
14.	Pampasan peserta (Participant’s compensation)
•	Langkah – langkah keselamatan bagi setiap peserta adalah di bawah seliaan pihak penganjur, sebarang kecederaan peserta semasa latihan atau semasa larian sedang berlangsung adalah tanggungjawab peserta sendiri.
•	Peserta digalakkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan atau berunding dengan perunding kesihatan sebelum menyertai larian ini
15.	Masalah kesihatan (Health problem)
•	Mana – mana peserta berdaftar dan mempunyai masalah kesihatan semasa hari kejadian akan dikecualikan daripada larian.
•	Peserta yang sakit/tercedera semasa larian akan dihantar ke mana – mana pusat kesihatan yang terdekat yang ditentukan oleh pihak penganjur. Kos perubatan adalah tanggungjawab peserta sendiri.
16.	Insuran peserta (Participant insurance)
•	Semua peserta akan dilindungi dari segi insuran liability awam dan insuran kemalangan diri.
•	Segala risiko dan kemalangan yang membabitkan peserta dalam larian ini adalah tanggungjawab peserta sendiri. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas segala kerugian yang membabitkan kecederaan tubuh badan, kerosakan harta benda sama ada yang peribadi atau awam, atau apa – apa masalah yang timbul semasa program ini.
17.	Hak sebagai penganjur (Organizer’s rights)
•	Untuk mengehadkan atau menambah atau menolak penyertaan.
•	Jika terdapat kesamaran dalam mana-mana peruntukan, penganjur hendaklah menjadi pihak yang berkuasa untuk mentafsir dan melakukan, pihak penganjur akan mengambil kira kepentingan semua peserta yang terlibat.
•	Sekiranya program ini telah dibatalkan atas sebab – sebab tertentu, iaitu berlakunya kejadian yang tidak dapat dikawal daripada pihak penganjur yang boleh menyebabkan program ini tidak selamat untuk diadakan, maka pihak penganjur tidak akan memulangkan segala yuran penyertaan dan lain – lain perkara yang telah diberikan tidak perlu dipulangkan kepada penganjur melainkan pihak penganjur merasakan tuntutan yang dilakukan berpadanan dengan kesilapan dan kehilangan yang berpunca daripada pihaknya sendiri.
•	Pihak penganjur berhak untuk menambah atau mengurangkan kategori yang dipertandingkan tanpa sebarang notis kepada peserta. Hanya makluman perubahan akan dimaklumkan di dalam laman FB Utama larian.
•	Pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan peserta yang tidak mengikut peraturan sepanjang program dan sebarang tuntutan bayaran tidak akan dilayan.
•	Pihak penganjur berhak untuk menggunakan segala bahan termasuk gambar, rakaman, atau apa – apa sahaja bahan rekod yang lain untuk tujuan komersial dan lain – lain kegunaan.
•	Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kemalangan, kematian atau kehilangan harta benda atas kecuaian peserta itu sendiri.
•	Pihak penganjur berhak untuk mengubah atau menggantikan mana – mana syarat larian ini dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkan patut diubah atau diganti Jika terdapat kekaburan dalam mana – mana peruntukan ini, pihak penganjur berhak untuk mentafsir dalam berbuat demikian, mereka akan mengambil kira kepentingan peserta yang terjejas. Apa apa pindaan kepada syarat – syarat akan dikemaskini di Laman FB Rasmi.
•	Pihak penganjur berhak untuk meminda laluan larian atas nasihat pihak berkuasa jika dapati ia patut dilakukan atas sebab keselamatan peserta dan/atau untuk mengelakkan sebarang bahaya yang mungkin akan timbul ketika acara larian ini berlangsung pada bila bila masa juga.





ANNOUNCEMENT

Larian Bersama Bomba Kali Ke-XVIII 2020